Kerajaan hari ini mengumumkan dua strategi untuk kurangkan pergerakan rakyat iaitu mengurangkan pekerja di pejabat serta hadkan masa operasi sektor ekonomi.<br /><br />Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, 80 peratus penjawat awam akan bekerja dari rumah melibatkan 750,000 kakitangan.<br /><br />Sementara itu, 40 peratus sektor swasta akan bekerja dari rumah libatkan lebih enam juta pekerja.
